Wednesday, December 30, 2009

Kalau Popeye Suka Spinach, Aku Suka Brocolli!

Huh. Diam tak diam 2009 dah nak mengundur diri. Tanpa pesan. Hanya peringatan.
Untuk apa? 2010 menandakan keTUAan aku bertambah. Bukan aku saja. Kamu semua pun sama,kan? Umur siapa tak bertambah? Peter Pan pun umur bertambah cuma badan saja kecik macam budak! Bumi juga bertambah usia. Berjuta2 lemon tak terkira usia si Bumi.
No more stress like hell because wrinkles will came out earlier than it should be.
*balik belek2 muka kat cermin. Tengok2 hujung mata kot2 dah ada garisan kedewasaan. Heh.

Banyak peringatan Allah bagi dalam tahun 2009 ni. Tapi adakah kita mengambil iktibar untuk mengharungi 2010 yang kita tak tahu apa yang bakal terjadi.
Gempa bumi menjadi2 mungkin?
Tsunami datang lagi macam movie 2012?
Hidup bahagia tiada perang?

Peringatan ni untuk aku jugak. Manusia biasa yang lebih banyak dosa dari pahala.
*bila aku nak kumpul pahala banyak2?

Jadi kepada 2009, thanks a lot to u. Banyak perkara manis-pahit-masam-kelat dan segala rasalah yang kau taburkan pada aku.
Yang manis, aku grad tahun ni, aku berjaya habiskan study aku tahun ni, aku dapat first job pun tahun ni juga. Pindah rumah baru, dapat jiran jejaka ganteng yang-hensem-gilapandaimasak-jenis tak mengintai anak dara orang *haha juga dalam tahun ni. Dapat kereta lagi. Banyak lagi kenangan manis. Yang manis saja aku nak kongsi. Yang pahit simpan saja buat pekasam.

Aku harap 2010 membawa sejuta rahmat kepada aku. Moga2 aku menjadi manusia yang lebih baik dan berguna dan taat agama. Berjuta2 rahmat untuk family, kawan2, dan kamu semua umat Islam. Aku ingin hijrah dan setakat ni hijrah aku masih belum selesai. Masih sangkut2. Rasanya tak terlambat kalau aku nak menitip Salam Maal Hijrah pada kamu2 semua.

And for now,

So long 2009. U'll be joining the other past years and become a memory to all of us.
Welcome 'baby' 2010. Hope u'll bring us happiness.


Tajuk langsung tak sama dengan apa yang aku tulis tapi memang betul aku suka brocolli! Haha!

No comments:

Post a Comment