Dengan erti kata yang lain, kerja2 semua aku dah siapkan. Awal2 ok. Hehe.
Hari ni aku bertolak datang ofis lambat. Demm.
Tapi aku sempat la sampai before time. Ngam2 saje.
Oh. Akan tetapi, pagi ni aku bangun pukul 6.30 pagi!
Hari ni aku bertolak datang ofis lambat. Demm.
Tapi aku sempat la sampai before time. Ngam2 saje.
Oh. Akan tetapi, pagi ni aku bangun pukul 6.30 pagi!
Bagi orang yang tiada komitmen kerja seperti aku akan kata:
"Eleh, awal siot ko bangun. Ape kes. Tido dulu ah! Guling2 syoknyaa!!"
Hey, 6.30 pagi tu usually aku dah berada atas highway okay. Bukan highway Kajang-Silk at least dah lepas tol Sg.Besi. Simpang tiga depan MidValley tu akan sesak. Ahh. Hidup perlu diteruskan.
Esok taubat aku bangun pukul 5 pagi. Siap dengan bawak bekal sekali. Hehe. Hopefully.
Ish, panjang pulak intro.
Ok2.
Sampai saja office, terus bukak PC, check email, update2.
Oh. Semua case ticket untuk semalam sudah diupdate. Untuk hari ini tiada case untuk diupdate setakat ini.
Many2 thanks to si colleagues yang bertugas pada malam hari tadi.
Anda2 semua pem'backup' terbaik ah! *tepuk tangan sambil senyum lebar ^____^
So, apabila kerja sudah beres, takkan lah aku nak duduk tegak mata tengok pc tangan pegang mouse konon2 macam banyak kerja berlonggok2.
Sambil2 aware dengan case yang akan masuk untuk hari ni, aku ber'blog' sambil melayari internet disulami gelak tawa yang tidak aku fahami rakan2 dibelakang yang juga ketiadaan kerja. *heh, department aku best.
Selalu aku baca blog2 orang. Esp blog mereka2 yang muda tapi dah berkahwin sambil feeling2 kan best kalau aku pun dapat kahwin awal. Keje pun tak permanent dah berangan. Ceh.
Hari ni aku baca eh, tak bukan2. Aku berbahtera dalam internet mencari resepi2 yang tekak aku rasa nak makan sekarang ni.
*ah, persetankan dengan vion (bukan nama sebenar).
-Away kejap sebab ade keje. Have to do case chasing and follow up. will brb-
Ok, dah. Sambung balik.
Pasal apa aku cakap tadi? Oh pasal persetankan vion (bukan nama sebenar jugak)
Bukan. Bukan suruh vion jadik syaithon. *janji dgn vion makan makanan yang kalori tak berlebihan. Aww.. u sweet lah vion!
Ni la resepi yang konon2nya aku nak cuba buat cuti hujung minggu ni.
Matlamat untuk menggemukkan housemates! Haha.
Nasi Ayam Kuning *nk try buat sebab aku suka nasik ayam. House warming nanti pun nk jamu kawan2 dengan nasi ayam jugak. Entahkan bile la kan house warming tu.
Ayam Halia *act cari resepi fish fillet halia. Tak jumpak pulak. Memandangkan kat rumah ada ayam lebih, plan yang ni jadi punyalah. 80-20 percent!
Kuey Teow Kungfu *yang ni sebab tetiba aku terasa macam emm.. nyum2 nya kalau dapat makan ketiaw kungfu ni. Makan kat Cipah mahal! So, decide nak buat sendiri. Sila terharu ramai2.
Ayam Masak Cendawan *resepi ni aku jumpa time cari2 masak halia. Ok la aku boleh campur2 resepi. Nyum3. ^________^
Tu je lah buat masa ni. Kat ofis nak belayar lama2 dalam internet pun kena hati2. Takpe, lain kali boleh carik lagi.
Aku taw resepi senang macam india kacang putih ni semua orang dah expert. Tapi aku ni tak mahir memasak. Kalau buat resepi sendiri mmg aku terer untuk sekadar tekak aku je lah. Tapi tekak kawan2 aku pun suka jugak! Hehe.
Balik rumah aku jarang sangat memasak. Itu aku mengaku la kan. Sebab bila aku rasa nak memasak je aku akan rasa loser gila sebab mak ayah aku hebat masak ouh. Bahan2 kat rumah pun extreme2 belaka. Tapi kdg2 aku masak jugak yang simple2 ikut tahap kemahiran aku. Mak ayah aku tak penah kondem keupayaan percubaan anak2.
Tiba2 aku teringat dulu masa first attempt aku nak memasak. Lower form rasenye form 2-3 macam tu. Aku nak masak sotong pedas or something tapi turn out tak jadi kaler merah sebab dah jadi kaler hitam. Aku tak buang dakwat sotong rupanya. Konon hebat nak masak. Bodo betul. Tpi mak ayah aku tak kutuk. Diorang kasik semangat. *terharu.. ;) luv u MomDad!
So sekarang skill masak aku tak boleh tunjuk kat rumah mak ayah. Ruma sewa boleh. Hihi.
Kawan2, tolong support aku eyh~!
^______________^
No comments:
Post a Comment