Tuesday, February 9, 2010

HAPPY BESDAY TO ME =)


Happy besday to me..
Happy besday to me..
Happy besday to me.....
Happy besday to me......

Pic kat atas tu adik aku dedicate kat blog dia.
Mana ntah dia dapat gambar tu pun aku no idea.
Anyway, sesapa yang wish, yang wat tarian lawak, yang kasi present, yang semua2 lah,
THANX a lot ok.

So, this year, i'm 23 years old.
Hope for meaningful life.
Berusaha menjadi seorang yg pandai manage masa, life and MONEY absolutely.
Besday kali ni adalah sedikit hambar. Tiada kek, tiada celebration juga tiada gambar bukti yang mana aku sudah 23 tahun..
Sebab besday gurl yang amat bertuah ini jatuh sakit demam selesema.
Kat ofis hari Isnin tu, aku pucat sepucatnya. Macam hantu. Semua orang tegur.
Tunggu masa nak gedebuk pengsan saja.
So today aku MC, rehat, aku rasa dah energetic balik.

Oh, bulan ni aku sangat happy sebab tiap2 minggu aku ada aktiviti.
Asyik hangout dengan kawan2 high school mrsm. Best. Best sangat.
Hujung bulan ni plan nak buat camping kt PD. Hujung bulan ni jugak kakak aku dah due untuk bersalin. Family semua datang Bangi.
Then, keputusan aku adalah family first. Untuk kawan2, lain kali kita boleh kumpul lagi.
Next entry aku tepet pics reunion and hangout.
This CNY once again hangout! 14 Feb ni sapa yg nak jadi my date?? Angkat kening! Teheee..

p/s: mata aku dah berat gila sebab aku mintak ubat yg kuat untuk hilangkan selsema dgn cepat. macam ada 50 kuda bergayut kt bulu mata.. *menguap* nite2 allss...

Tuesday, January 12, 2010

Aku Cinta...

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu namaS
eindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta




i really fall in luv with this song! really!
really really really???
really really really!
stop2! jgn jadi annoying macam spongebob.
*tataw apa kena mengena*
this song is not for luv between the hearts of human
this song is dedicated for our soul
luv for our Creator
*xpe la even lirik dia ada 'kembang kempis' pun*
tu maksudnya setiap helaan nafas kita kena ingat ALLAH
Subhanallah! i really in luv with this song.

Monday, January 11, 2010

Being a TEACHER is HARD. I SALUTE u teacher!

Kita tengok cikgu mengajar ni macam best saja kan? Boleh relax relax. Pukul 2 dah ada kat rumah golek golek. Tapi cikgu ni mencabar gila. Sapa yang penah jadi cikgu saja tau. Tak kira lah cikgu kecik atau cikgu besar. Penat. Memang penat. Penat otak nak handle manusia.

Now i know that be a teacher is a HARD work. Lagi lagi kalau murid lagi tua dari guru. Macam aku.
*serious shit ah! oh aku dah start memaki

Dan juga lagi lagi kalau si murid tu tak reti cakap melayu + cakap english pun ikut slang dia. Maknanya foreigner lah.
*whattheFROGiieee???!!! ohh.. aku memaki lagi tapi kali ini ada sikit carutan
~sabar feenaz.. sabar..... nanti keduuttttt...~
Ni je yg aku ulang ulang dalam hati sambil beristighfar..


Nanti jadi macam ni -------->


wuwu.. takmau..


Tapi memang kalau pikir, Wut the ????? Aku ni sampai tergeliat anak tekak gigi semua luruh explain kat ko, ko plak bleh plak buat muka bosan. Siap terhangguk hangguk tido lagi. Aku hanggukkan kepala ko sungguh sungguh nak?? nak tak?? Cakap laa nak! Senang aku nk silambam leher ko.



Aishh..

Aku tak la marah kalau ko bagi attention. Tapi dah (penat + bosan)sangat = rasa macam nak menangis..
*pehh.. siap formula tu aku kasi..

Bila aku tegur sikit benda yg ko agak agak tau, dan dan tersengat tebuan ko cakap ko tau. Pastu siap ajar ajar aku lagi. Aku tau la aku budak baru. Sedih.Sedih.

Ni yang buatkan aku tak ssabar gilaaa nak tukar department+tukar position cepat cepat.

Aku dah blah esok, pandai pandai la ko nak survive. Aku ajar secara ikhlas dan sungguh sungguh ni pun sebab tak nak manager kata apa pulak. Aku kena pastikan ko fully-trained tau tak. Dua hari pulak tu. Kalau ikutkan tak cukup.

Eeeiii.... Dah lah! Malas dah nak tulis, nak bebel.
Makin banyak benda aku reaveal jap gi langsung apa pun tak jadi.

Haih.. Sabar saja la Feenaz.. SABAR..
BYE BYE BEBEH!

Friday, January 8, 2010

Buat buat tak faham tapi dalam hati gembira ya amat!

Ayah aku kata...
Dia kata kan....
Huhu...
Macam mana eh...

Ayah aku cakap, dia dah beli handphone baru. NOKIA E52.

Pastu aku cakap aku pun nak handphone baru.
Tapi sekarang aku tengah kumpul duit gaji.
Sebulan seratus.
Aku cakap "Tak tau la bila buleh beli. Tapi sekarang baru seratus. Ada lagi 1999 to go"
Bunyi macam sedih.
Pastukan..
Pastukan..

Ayah aku cakap, "Nak beli handphone, balik la Penang. Beli dekat sini"

Apa maksudnya tu?
Apa Maksudnya Tu??????

Adakah..?????

Yesss..! Yess!!

Ok. Aku janji kerja rajin rajin.

Hehe..


Sayang Ayah Mama..
Muah Muah..

Tuesday, January 5, 2010

Bila Bos Besar Datang Beramah Mesra

apa aku buat???

sengih jer la. nak buat apa lagi. =_='

ngeh.

Sunday, January 3, 2010

Saya suka cerita Korea. Tak dapat jumpa artis sana jumpa Kate pun jadi la.

Fuhh.. Tak sempat2 haa aku nak update. Oppss.. Before tu nak ucap dulu;

HAPPY NEW YEAR 2010!
Kepada mereka2 yang resah umur bertambah. Haha. Mesti korang rasa nak lempang aku lelaju.
Relax la. Aku pun tua jugak. Heh.

Ok2. Kate.
She's my new colleagues. Hoho. So, Kena la ajar dia cara2 kerja dekat bahagian ni. Dia pekerja lama tapi baru join departmen. So, kira baru jugak la.

First2 ingat nak ajar dalam bahasa melayu baku saja sebab ingatkan dia ni chinese.
Ye lah. Bab2 nak speaking english berabuk ni mane la den ghoti *eh tetiba masuk cakap nogori !

Sekali si Kate ni orang Korea la. KOREAN ok! Teruja kejap.
*dalam kepala ingat nak suruh dia tolong mink tanda tangan Dong Wook. ceh ceh. Anneyohaseyo onnie~! Muahaha..

And of course la dia tak paham cakap melayu aku ni.
What The Funny!

Aku skipping eh speaking jugakla. Kang dia tak paham keja macam mana nak buat keja.
Alhamdulillah dia paham. Sama taraf saja english dia dengan aku tapi dia up sikit sebab dia foreigner. ?!?.

Korean language on the line.

Ok la. Nak pegi buat keja. *sambil2 ngendeng mintak MTV K-POP kat Kate.